Isnin, 19 Julai 2010

Warna penuh ceria

Salam Isnin..lama dah tak rasa cam tak hapdate belog nih..hihi saya agak sibuk sedikit akhir-akhir ini ditambah dengan perangai si kecil yang semakin menjadi-jadi manjanya..sungguh agak mencabar aktiviti kraftangan saya dibuatnya..dan sebab itu saya memerlukan masa yang berkualiti tuk hasilkan order pelanggan yang disayangi agar order kalian juga berkualiti hehe..

disebabkan masa saya yang agak terhad kadangkala maka lebih mudah sekiranya jika berurusan melalui email dan pastikanlah berbaloi kiranya saya melayan email kalian itu lebih-lebih lagi kalau waktu itu saya lagi sedang 'berperang' dengan si kecil yang sememangnya tidak gemar saya melayari internet dan sebagainya..namun demikian saya ingin ucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada kalian yang suke dengan hasil kerja saya,malah senang sekali berurusan dengan kalian yang pantas dan cergas sekali heheheh.. Okey ni order dari Fana..keychain bee dan butterfly serta tujuh keychain nama yang mewakili warna-warna pelangi..








Taraa..saya suka dengan pemilihan warna-warna yang ceria ini.sebab buat mood saya jugak ceria walaupun kadang kala datang angin puting beliung huhu..so kalau kalian berminat,order masih di buka untuk tempahan yang banyak saya sarankan order awal-awal kan tak lama lagi nak puasa pastu kang nak raya dah tentu saya akan makin sibuk..


nota bawah : tak suka peniru..hurm..(tiada kaitan ngan post di atas)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..sis, saya ingat nak order yg name2 tuh la..sweet sangat..

Cik Puan Nurul berkata...

lisa..leh emel yea

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © Tecik Craft 2011 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.