Khamis, 22 Julai 2010

Pengumuman..sila ambil perhatian

Salam..kepada semua pelanggan yang disayangi mmuahh..ceh dan juga sesiapa yang selalu singgah sini saya ingin beritahu bahawasanya tarikh anak bulan..jeng..jeng..ok serius..
saya nak beritahu sesuatu yang penting bahawa untuk tempahan bulan puasa atau Ogos hanya dibuka sehingga selewat-lewatnya minggu depan.. kalau tempahan sudah melepasi had tempahan mungkin ditutup lebih cepat..lepas tu kalau ada sesiapa yang masih berminat nak menempah tempahan kalian dikira siap pada bulan September kira lepas raya..kasi can la saya beraya gak tahun ni lagi pun saya adalah AJK kutip duit raya banyak umah nak diterjah raya nanti hua3


Jika ingin menempah boleh rujuk di sidebar sebolah,sekiranya kalian hanya menempah tanpa bayaran deposit tempahan kalian dianggap sebagai reserved so saya akan utamakan sesiapa yang bayar dahulu okey harusla berlaku adil kepada pembeli yang serius tul tak..?


Selain itu saya juga memerlukan masa berkualiti untuk hasilkan barang yang berkualiti so sangat disarankan jika kalian nak order sesuatu yang banyak contoh untuk door gift kenduri kahwin ke atau sebagainya eloklah tempah awal-awal.


saya juga mungkin akan mempercepatkan atau menangguhkan tarikh tutup tempahan mengikut keadaaan semasa huhu..tempahan untuk bulan September ,Oktober dan seterusnya masih dibuka so tempahla awal bagi mengelakkan kesulitan dikemudian hari.


Saya akan update senarai tempahan di sidebar bila berkesempatan nanti,sekurang-kurangnya seminggu atau 2-3 hari sebelum saya pulang beraya ke desa tercinta saya akan mengepost tempahan kalian..saya juga harap kalian bersabar menunggu tempahan disiapkan kerana saya juga adalah seorang isteri dan ibu merangkap selebriti popular bukanlah si pengurus ladang anggur yang saban masa menggoyang kaki kerjaannya..hahah

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © Tecik Craft 2011 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.