Sabtu, 23 April 2011

Penting..!!Wajib Baca

Persoalan-persoalan yang sering di tanya:
-Bagaimana nak buat tempahan,tak tau macam mana..?
Kepada semua yang singgah dan lalu lalang kat blog ni so kalau kalian tetiba berminat nak buat order dan sebagainya perkara pertama sekali adalah KLIK PAGE yang kat atas tu yang warna purple tu yea kat situ semua ada tentang terma dan syarat bagaimana nak order,nak email kat mana..order form pun ada rujuk gambar bawah..kalau tetiba tak nampak ke apa,or tak tau juga dan tak faham boleh drop komen dekat latest entri yang ada..order melalui shoutbox tidak akan dilayan..penting sekali bagi yang mengisi order form untuk menulis alamat email yang tepat supaya saya boleh membalas kembali email kalian tu..
-tak tahula nama plushie ni cemana..?
okey..nak diberitahu gak,dah penah bagitau tapi kena bagi tau lagi ehehhe..kebanyakkan design ni ada yang sememangnya ada nama memasing ada juga tidak sebab seperti yang saya pernah beritahu sebelum ni contohnya plushie dalam gambar di bawah ni adalah plushie yang paling besar pernah saya hasilkan sebelum ni memang takda nama la so bagi memudahkan mereka yang ingin juga order, nama plushie ni Ebit setakat ni hanya saiz besar ia dihasilkan.Harus diingat yea saya memang lebih gemar hasilkan design yang khas dan eksklusif tuk seseorang customer itu setelah diskus melalui email dan dipersetujui bersama sebab tu ada plushie yang dibuat tak punyai nama yang khusus melainkan yang saya buat untuk stok ready made.





manakala untuk mini plushie seperti gambar dibawah ni plak namanya Bibi(HIJAU) DAN Mumu(BIRU)








mini plushie kat bawah ni lak MEOW-MEOW ..




-macammana dengan warna kalau nak warna yang sama gak macam dalam blog boleh..?


kalians tidak semestinya pilih warna yang sama seperti design yang sebelumnya..digalakkan tuk tukar warna pilihan yang lelain so dapatla membezakan dengan design yang sebelumnyaa.




-berapa lama masa tuk siapkan order saya..?


tempahan kalians juga tidak akan siap dalam masa sehari dua..jika tempahan banyak sedang beratur maka saya akan dahulukan yang mana dahulu laa..so sangat penting tuk diketahui bahawa kebanyakkan tempahan yang dibuat bulan ni biasanya akan siap pada bulan hadapan melainkan order tak banyak dan ketika kalians buat tempahan tu sememangnya saya tidak menjahit sebarang tempahan maka bolehla disiapkan dalam minggu itu juga itupun bergantung kepada susah atau senang design yang diingini dan bergantung pd stok material.Kalau kain felt yang diminta tu takde dalam stok maka haruslah tunggu stoknya tiba dulu.
so katalah kalians nak tempahan itu siap sebelum 28 mei nanti sekurang2nya 3-4minggu digalakkan membuat tempahan agar saya boleh siapkannya pada waktu yang diingini TAPI kalau nak 28 mei order dibuat 2-3 hari sebelum tu mmg agak sukarla saya nak menurutinya lebih-lebih lagi kalau ianya banyak dan melibatkan banyak material so saya sangat2 hargai jika kalians membuat tempahan awal supaya saya mempunyai masa tuk mendapatkan material dan design tempahan yang di kehendaki kecuali jika guna design yang sedia ada mungkin tak libatkan banyak masala..kadang-kadang diskus mengenai order sahaja melibatkan masa berminggu2 so digalakkan juga kalians rajin-rajinla buka email(kalau order melalui email).


kebiasaannya jika order tidak banyak,order leh disiapkan dalam masa 2 minggu itupun jika tidak mempunyai sebarang kesulitan lain laa..kesemuanya dijahit tangan 100% so memang mengambil sedikit masa bagi menjamin kualitinya.untuk saiz plushie saya juga tidak mengambil order yang lebih besar daripada saiz A4(standard ukuran utk plushie saiz besar) sebab kalau lebih besar dari tu nanti akan lagi lama la masa yang di ambil untuk menyiapkannya tetapi kalau tidak kisah menunggu takde hal terpulanglaa.Perlu diingatkan juga yea saya akan dahulukan mereka yang bayar dulu,so kalau sekadar hantar form order tanpa sebarang confirmation order kalian akan di pending sahajalaaa..so first come first serve.
-Boleh ke nak request design baru seperti yang saya mahu..?


sudah tentu boleh..tetapi kena berbincang melalui email..kalau anda nak attach gambar contoh ke,atau kalians pandai melukis dan nak seperti yang dilukis tu juga boleh tapi biarlah ianya bukan terlalu susah atau di ambil daripada design orang lain yea..







Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © Tecik Craft 2011 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.