Perkara penting untuk dikabarkan pagik ni..tolong ingatkan saya(dan..dan) ya jika saya terlupa tapi kalau sampai saya yang kena ingatkan kalians itu dah kes berat ececceh..agak berat saya nak menyatakan hal ini tapi penting juga untuk dinyatakan jika tidak terbiarla saya menjerut perasaan sendiri..
Saya sebenarnya teramatla hargai sekiranya pelanggan tEcik Craft yang disayangi ini memberitahu jika kalians nak cancel order dan sebagainya..tak mahula saya yang tertanya-tanya,tertunggu-tunggu lepas tu bila saya email tanya..email saya tu dibiarkan sepi tanpa berbalas.saya tak marah dan tak kisah pun sekiranya tetiba kalians berubah pikiran nak cancel order dan sebagainya itupun jika belum berlaku sebarang pembayaran tetapi jika saya dah terima deposit dan sudah mula menjahit tak boleh nak cancel2 ya huhu..
So kalau rasa tak jadik nak order dan sebagainya amatlah elok jika kalians menitipkan sebarang email memberitahu untuk cancel order..saya pun senang hati taknak nanti tup-tup nak marah dan sebagainya ingat saya hanya akan mula design dan menjahit selepas terima bukti pembayaran..lagik satu kalau dah terima parcel ke apa mintak tolong inform ya..maka taulah saya barang dah selamat sampai risau plak kalau tetiba senyap je..dan untuk mereka yang sudi karang entri dan sebagainya apa yang kalians buat amat dihargai oleh tukang jahit..tapi tulis entri yang baik-baik sahaja la yea janganla macam sesetengah orang post entri yang boleh menutup periuk nasik orang lain itu tak baik namanya kalau tak puas hati just inform kat tuan punye badan je..
So kalau anda serius nak mengorder,saya pun serius nak melayan permintaan anda..harus diingat jika semua urusan di selesaikan dengan cepat saya pun teruja nak design dan sebagainya sebab saya perlu gunakan tangan saya yang keras ni tuk melukis dahulu designnya bukannya print kat mana-mana.Lagipun saya lebih suka kalau setiap design tu berlainan maksud saya tak salah kalau nak design yang sama tapi biarlah warnanya dan hiasannya tak sama seperti yang sebelumnya bukan apa mana-mana crafter akan rasa muak dan tak selesa jika perlu jahit menda yang sama sejibik berulang-ulang tapi kalau berlainan warna mungkin lebih mengujakan lagipun ianya bukan dijahit dikilang tapi dijahit dengan tangan dan dibuat sepenuh hati khas untuk orang tu..tetapi biasanya saya tetap akan cuba memenuhi permintaan customer selagi ianya tidak melampau-lampau kalau dah nak warna atau corak yang sama takkan nak halang plak kan..:)
Lagi satu saya minta maaf sangat jika ade antara kalians yang attach gambar dari blog crafter lain dan minta saya jahit sebijik camtu,saya tak dapatla nak buat kalau nak sebijik gitu tapi kalau nak menda yang sama tapi design stail yang saya tak pe sebab prinsip saya takkan meniru idea orang lain bulat-bulat gitu kecuali pihak yang disana sememangnya membenarkan untuk berbuat demikian taknak nanti mengundang masalah dikemudian hari plak..sama gak dengan saya pun tak gemar kalau rekaan saya ditiru bulat-bulat oleh orang lain jika jadikan inspirasi tak mengapa lagik ini tiru sebijik-bijik dah macam cetak rompak plakkan..okla panjang lebar plaka jom layan dulu menda-menda comel ni..
ni order daripada Nadia khas tuk baby Sarah..pinky..
Lamanyaaaa..
10 tahun yang lalu
2 ulasan:
akak wat jual kraf2 ke?mcm mn kira ye?mcm minat la.....
nak kire apa ye..kalo berminat nak order dan sbgnya boleh email akak.
Catat Ulasan